Pemerdagangan Orang | 131 mangsa berjaya diselamatkan - Rina Harun

2022-09-21 0

Seramai 131 mangsa jenayah pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan di negara ini dalam pelbagai operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun, kesemua mangsa telah diberikan perintah perlindungan interim (IPO).